Saturday, August 8, 2009

SAIFUL NANG

It was so great....sumpah x tipu.. kelas haritu batal...so duduk bilik jek lah..tetiba jek roomate aku balik..akim ko nak ikut x..cepat siap..and aku pun macam tertanya2..pergi mana,buat apa,..and nalin cakap kita nak pergi interview saiful nang untuk asgmnt aky n final year project nalin..apalagi..terkejut beruk lah aku,nak jumpa millioner wedding photographer and the offical photographer untuk sultan brunei punya anak kahwin..apalagi bersiap2 lah aku.. and badly on the way going to his office bole sesat..masing2 dah freak out..nalin dah tension aku cool macam biasa:D,and tanya orang sana tanya orang sini.and the end of the day sampai.. susahnya nak cari office dia.. secara peribadi beliau mempunyai perwatakan yang baik,rendah diri,berkebolehan.. memandangkan aku akan memilih photography sebagai bidang aku disamping human resource..keterujaan itu terus bermain-main dalam kepala aku sampai hari ni..walaupun dah dekat 3 minggu..(sorry lambat update..busy ngan macam-macam aktiviti) back to story..so berlakulah aktiviti temuramah dan ramahtemu.. and at that also Dato sri anwar ibrahim,ketua pakatan rakyat dan keadilan datang ke kuis untuk satu forum..so i meeting two important people and nak sangat jumpa dalam hidup aku..Thank you ALLAH..tapi masih ada seorang lagi aku nak betul2 nak jumpa dalam hidup aku..YA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG KAU BERILAH AKU KESEMPATAN DAN PEUANG WALAU SEKALI UNTUK BERTEMU DIA YA ALLAH.......:('''

bakal jadi ayah kepada hamster

assalamualaikum & salam sejahtera semua... Memandangkan ramai yg telah menghubungi saya secara email dan peribadi memberikan ucapan tahniah atas post sebelum ini dan bertanya sama ada anak lelaki atau perempuan..hahaha lawak lah korang aku makwe pun xde..n aku planning lambat gila lagi nk kahwin.lepas habis degree ni nk sambung master lagi.. (yelah faham lama x jumpa..),jadi saya akan memaklumkan secara terbuka.. bukan ayah kepada anak atau orang..tetapi hamster..hehehe tapi saya sempat menjadi ayah kepada hamster selama seminggu sahaja.... memandang saya ada alahan dan kesibukan maka saya decide untuk pulangkan kepada tuannya.. sedih jugak kena pulangkan die..yelah die gak yang temankan aku study sampai pkol 4 pagi.. dia gak yg buat bising main wheel road die..haiskhhh... ini antara gambar yg sempat saya rakamkan...

Tuesday, July 14, 2009

tanggungjawab BARU..

aku bakal jadi AYAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH:D

Sunday, July 12, 2009

H.O.P.E

"Sometimes we are like an angel with one wing, and we necessarily need the other wing of a similar angel to keep flying." The Stars That Shine In The Night Sky, Know Why I sit And Sigh, All My Dreams and Hopes Are Gone, And I Am Left Here All Alone, Oneday Ill Be A Star So Bright, Forever Looking Down On The World At Night ... be strong..be strong.. be strong akim.. Allah telah gariskan setiap yg berlaku dalam hidup mu.. ku mohon perlindungan..ku mohon hidayah dan petunjukMU...
Susah sifatnya hanya sementara. Memang ia sementara. Susah akan jadi kekal pada diri Anda bila tindakan Anda hanya menyusahkan diri sendiri, bila Anda tak merancang dan bila strategi Anda tidak diterjemahkan di atas kertas, hanya bermain di dalam kepala saja.
Jika Anda kaji, susah Anda selama ini sebenarnya berpunca dari perbuatan Anda, tindakan Anda yang salah dan keputusan yang salah juga. Untuk menjadikan diri Anda bermotivasi, jangan kata yang itu semua salah.
Katakan ia hanya kurang betul. Jadi Anda kena buat lagi, ulang lagi supaya Anda jumpa cara yang betul. Usah kecewa, sakit hati ataupun marah kerana berbillion orang buat silap setiap hari.
Buat silap adalah sesuatu yang normal. Tapi, jika Anda tak mengakui kesilapan Anda, tak memperbetulkan kesilapan dan tak belajar dari kesilapan, itu kurang normal.
Mulai hari ini, ubah perangai Anda. Beranikan diri buat silap, beranikan diri gagal supaya dari silap itu Anda boleh belajar cara yang betul. Gunakan fikiran untuk mengkaji, gunakan minda untuk menaakul. Bagi orang berjaya, susah hanya sementara.
Bagi orang gagal, susah jadi kekal. Ikut cara orang berjaya, supaya Anda juga boleh berjaya. Anggap susah hanya sementara, supaya senang menjadi kekal untuk diri Anda...yang penting tindakan susulan harus ada...abaikan segala benda yang tak penting..terima kasih Allah atas pengalaman yg selama ni ku perolehi..akan ku manfaatkan nya dalam langkah ku..aminn

tazkirah santai...

Seorang ustaz sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ustaz itu dan menegurnya.
Pramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.
Ustaz: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Pramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.
Ustaz: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari…..buhaahhaa

Saturday, July 11, 2009

Debaran malam pertama...0_o

haa...mulalah tu nak fikir bukan-bukan..nak jadi isu lah tu..nanti adalah yang tak senang duduk.. sabar..baca sampai habis dulu..memang menarik isu ni...mari kita menyelusuri tajuk diatas..
" Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza."
"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"
Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita.
Lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah. Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan?
Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Ingatlah ayat al-Quran bagi mereka yang mahu dikembalikan ke dunia setelah mati:
"Ya Tuhanku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?
Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya.
"Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!" mengingati MATI itu sunat..meremang juga bulu roma ni..andai aku pergi dulu...aku merayu setiap dari kamu sebarkan.ikhlaskan hati sedekahkah "AL-FATIHAH" untuk aku...kirimkan doa kalian buat aku...

Wednesday, July 1, 2009

23 years Old

lets singing for myselff....... together.. happy birthday to me.. happy birthday to me... happy birthday to me.... happy birthday to me.. Alhamdulilah.. thank you Allah.. Dear Allah,. i just want the strong.. i just want the love.. i just want to be Happy.. and.. please guide me all the time... Dear ibu.. terima kasih.. besarkan budak nakal, dan besar tapi comel ni:P boy dah 23 tahunn :( hehehe sayang ibu.. dedikasikan perjuangan,kepayahan,sakit dan segalanya.. hanya untuk bahagiakan ibu... sayangggggggggggggg ibu.. hadiah besday sebelom ni ibu bagi laptop,motor,rm 5k cash.. erms apa yek hadiah aku kali ni.. nak kahwin bole bu??-,-"

Sunday, June 28, 2009

If at first you don't succeed; call it version 1.0 tak tau dan tanpa pasti apa yang terjadi.. terus aku labelkan gadisku dalam koma.. semoga dalam ruang perjalanan waktu.. segalanya akan pulih.. kembali bersama semula seperti dulu.. sangat rindu..sangat rindu..sangat rindu kamoO..

Friday, June 26, 2009

seringkali kita mengungkapkan ungkapan yang kita sendiri tidak pasti... melafazkan sesuatu yang bukan ingin kita sampaikan... yang akhirnya membawa kesan yang panjang dalam hidup.. jalan yang terang kini makin suram... merindui senyuman mu..merindu setiap sudut yang ada padamu.... semoga tetap kau bahagia.. memerhati kamu dari ruang kecil pandanganku.... alangkah indah jika putaran waktu dapat ku ulang.. mengorak langkah dengan yakin dan tanpa ragu.. impian tak seindah mimpi.. hanya harapan tersemat.. mohon pada yang Satu agar diberi kekuatan..dan sentiasa di pimpin.. andai saja semalam dapat ku miliki... hmmmmmmmmm.....

Wednesday, June 17, 2009

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI PENYAYANG.. berkesempatan jugak menulis panjang untuk blog ni.. semester baru...permulaan yang amat baik..bermula dgn mengambil keputusan exam..alhamdulilah..syukur.lebih baik dan lebih dari apa yg aku harapkan..thank you Allah.aku juga kena botakkan rambut aku sebabkan aku dah nazar dulu..ishk..botaklah aku sepanjang semester ni..yang pasti aku hanya berbaki 4 semester yang perlu aku perbaiki segalanya no more season of dreaming..it's a time to work hard. demi daerah yang semakin sempit,dan semangat yg makin sedikit aku lalui semester ni.. persoalan yg besar dan keputusan yg sukar harus aku buat semester ni.. beberapa benda aku tinggalkan..antaranya latihan silat aku.. semakin rindu aku untuk mengerakkan irama silat cekak harimau pencak laksmana.. anugerah selendang merah dan ilmu2 kebatinan di dalamnya antara yang aku kesali tidak berkesempatan memperolehinya bagi siapa2 yang mengetahui pasti akan sama menyesali .bukan mudah memperolehi ilmu itu merindui gelagat rakan2 di gelanggang.. kadang-kadang dalam hidup ini kita akan melalui masa2 sukar. membuat keputusan untuk diri sendiri dan dalam masa yang sama mengharapkan kita tidak melukankan perasaan orang lain adalah satu benda yang agak mustahil semua orang dalam dunia ni pasti pernah berhadapan benda yang sama.. apa yang aku kenali pada diri aku ni adalah..apabila aku dah buat keputusan aku akan teruskan keputusan aku tu..i will stick on my decision. aku lihat tak banyak orang berani tegas dengan apa yang sepatutnya dia buat.. terlalu memikirkan orang lain juga antara alasan yang sering aku dengar.. sampai satu tahap dia tidak berani mengambil risiko.. hidup ini satu risiko..jadi ambilah risiko.. ada orang PULAK SANGAT berani ambik risiko..formula aku cukup mudah.. laluilah hidup ini...segalanya telah ditakdirkan..contohnya.. apabila kita berdepan dgn anjing atau harimau..kalo dah memang tertulis pada hari dan saat itu kita mati kena baham or kena gigit ngan diorang kita tetap akan mati jugak..begitulah sebaliknya...jodoh maut di tangan tuhan aku ingin berkongsi situasi yang berlaku pada awal semester ni yang berkaitan dengan keberanian untuk membuat keputusan.. subjek ini cukup menarik,pensyarahnya juga cukup bijak mengendalikan kelas.. kuliah itu melibatkan pelajar2 dari kursus lain..jadi semakin ramailah.. nak dipendekkan cerita..suatu hari pensyarah tersebut memberikan tugasan.. pelajar2 boleh memilih sama ada ingin buat bersama kumpulan atau berseorangan.. jadi aku telah memilih seorang hamba Allah ni..dan dalam masa yang sama tetiba ada hamba Allah yang lain ni memilih dia juga.. aku tidak lah pulak merasa marah,dan then aku pun cakap lah ngan mahkluk ni takpelah aku nak buat sorang2 jek..aku cakap dengan nada yang jelas dan terang, lainlah kalau die student negiria atau afrika yang tak paham bahasa melayu. pada waktu petang tu,aku dapat mesej yang aku dipartnerkan dengan budak lain pulak.. aku membalas mesej dan memberitahu sekali lagi yang aku xnak buat tugasan tu dengan orang lain. tapi dikesokkan harinya..aku diberitahu yang senarai nama telah dihantar kepada pensyarah dan nama aku dipadankan dengan mahluk Allah ni.. aku punyalah geram masa tu tuhan jek tahu..aku cukup tak suka orang lain yang tak kenal aku nak tentukan hidup aku,nak buat keputusan untuk aku.. aku buat keputusan untuk jumpa pensyarah tersebut.. namun apa yang diharapkan dapat berjalan dengan mudah berlaku sebaliknya.. pensyarah tersebut marah dan pelik..yang aku tak paham nya aku sekarang ni..kenapa macam aku pulak yang bersalah padahal aku datang dengan cukup comel ke biliknya..tidaklah aku datang dgn memakai baju yg sebulan tak basuh dan menyebabkan biliknya dilanda bau busuk macam bau badan mahluk yang memandai tentukan apa yang patut aku buat dia meminta aku memanggil mahluk yang dipadan kan dgn aku untuk tugasan tu dan mahluk yg menghantar kertas nama tugasan tu.. huhhhhhh???aku dah pelik..apa pulak tugas aku nak kumpulakkan budak2 tu.. dia cakap mungkin aku saje aku tipu dan harus diadili dengan budak lain?? aku makin tak paham....masalah ni cukup mudah sebenarnya..dan aku pihak yg tidak bersalah secara tiba2 dilihat sebagai pihak yang bersalah sedangkan orang lain yang buat masalah... husikhhhh....aku kumpulakan juga budak tu dan budak yg hantor kertas tu yang bau badan busuk tu dah balik kampung pulok.. aku tak kira nak selesaikan urusan tu juga..yelah pensyarah tu cakap kalau tak selesaikan da nak bawak ke dalam kelas.. sekali lagi aku termangu..kenapalh nak besarkan perkara tu sampai macam tu sekali.. selesai urusan dan terbukti aku tak bersalah langsung..aku ulang sekali lagi aku tak bersalah... semalaman aku memikirkan semula permasalahan ini..di awal kuliah pun dah jumpa masalah macam ni..aku xnak subjek yang aku nak dapat A ni jadi terok benda yang mudah jadi sukar. melihat kepada rakan kuliah(mereka ni senior aku..tapi tak kisahlah senior ke tidak..korang takde hak langsung nak tentukan apa yang patut aku buat atau apa yg tak patut aku buat shit..damn you) jadi melihat faktor tersebut dan faktor yg tak dapat dinyatakan aku memilih untuk drop subjek tersebut...senang cerita..kita harus berani dan berani untuk menegakan hak kita,jangan gentar..tutup buku pasal cerita ni.. hampir 4 subjek aku drop semester ni.. itu baru pasal subjek.next pasal perasaan... perasaan fitrah manusia iaitu ingin disayang dan disayangi... ni pun benda besar yg patut aku korbankan dalam hidup aku.. tahlah aku dah macam xde perasaan and masa nak fikir pasal benda ni lagi.. after semua benda yang aku lalu..aku cukup x berani nak letak apa2 harapan lagi.. dan berani aku nyatakan yang AKU DAH TAK CINTAKAN DIA SEPERTI MANA AKU SANGAT MENCINTAI DIA DULU.. aku pernah fikir dia lain dari yang..ternyata sebaliknya. dan jelas sekali aku pasti..letih aku nak menghadap semuanya sekali lagi.. penat menunggu..berusaha dan menanti..jangan salahkan aku kalau aku pergi..salahkan dia kerana tak reti menghargai.. aku sepatutnya tak dapat apa yang aku dapat hari ni... andai saja kalian tahu..betapa sgt aku menyayangi dia..tapi apa aku dapat??akan ku teruskan hidup ini walaupun pedih tanpamu...tapi hati aku cukup keras sekarang..dah tertutup rapat... tuhan tu maha adil kan..kasih ku tak sampai.. akan ada edisi khas untuk aku coretkan nostalgia cerita KITA... TUHAN LEBIH MENGERTI DAN MENGETAHUI APA YANG TIDAK kita KETAHUI,surah al baqarah ayat ayat 216 selalu jadi pemujuk setia aku... serah segalanya padaMU.. jadi aku terus berjalan seperti biasa,melalui jalan yang sama.. merenung bulan yang sama.. mendongak langit yang sama.. tanpa ada sekelumit harapan pun aku titipkan buat bekalan.. untuk menjadi seorang teman pun aku tak mampu lagi kerana tiada lagi dia dalam dia.. lets face tomorrow what ever GOD bring for us.. dan tidak seperti biasa..tiada lagi ucapan selamat tinggal buat dia.. mungkin di lubuk paling dalam masih terselit harapan.. mungkin luka yang dia tinggalkan menyekat ucapan itu..??? dan mungkin kerap aku ucapkan perpisahan tanpa aku benar2 pergi.. sekarang kita mencipta dua dunia yang berbeza... biarkan rasa ini terbang...melayang..lalu hilang terima kasih buat segalanya "kawan" no matter how much you love someone it is the way to be alone and lonely

Saturday, June 6, 2009

fuishhzszrr.. lama betol x update..dah jadi macam rumah kosong yg hampr nak berpuaka dah agaknya blog aku ni.. ingatkan dah nak tinggal terus blog ni.tapi sayang pulak..busy dengan work2 aku... dgn kerja2 freelance aku.. jadi editor gambo2 org kahwin...jadi bandmanager..dalam usaha nak running design baju aku..haikshshh...jadi student lagi..repair n format laptop lagi... masa mengalir macam air jek aku rasa....
**kire update gak lah ni kan:)..try buat detail update after this,moment2 yang pahit,bacin,indah manis,semua2 lah....just upload gambo dulu..enjoy it:P

Saturday, February 28, 2009

hahaha...so scary wut?sudikah anda memberikan senyuman?

Monday, February 23, 2009

menanti coretan dari minda ku? buatmu.... buat sekeliling ku.... sampai waktu kan ku caritkan isi minda ku... hanya bila..... sampai waktu.... ruang waktu sepi berlalu.... biar ia kuisi dengan rindu.... kejam zionas tak bertanding sahdu... irama air mata terus sayu.. kosong lagi hatiku.. yang pasti.... semakin layu....takkan ku rayu tiada lagi kau dalam hatiku........
p/s tengah berperang ngan exam ni..doakan terus maju yek.....mujahid berbaju usang ini pohon maaf buat semua.....

Friday, January 30, 2009

exam for tis week is over..yeahaaa...at least memberi ketenangan sementara sebelum menghadap final exam...tak berniat nak cakap banyak untuk tis post..cuma nak
paksi agungku
bayang-bayang kelam
rapat..
kusut..
rayu,dendam
peluk aku longgarkan,
serapuh kaca retak seribu..
malam hampaku ranting seri

pandang sisi,
teguh menempuh,
di hukum kejam
lagi ku lesu
berlari kaku
hatiku bisu..
deriaku sesak,
waktu terus aku hirup
jalanku lingakaran kecewa
menjentek pakuan sayu

tetap terbang..
tetap pergi...
tetap lumpur...

masih sedikit
daerah dihimpit
perit ku jerit
tekad ku sarung
jiwa ku pujuk...

tetap ku mendongak
senyuman penyeri tangisan
lantas....
pantas ku berlari
akhirnya....
damai ku temui
dalam sujud ku.......