Sunday, July 12, 2009

Susah sifatnya hanya sementara. Memang ia sementara. Susah akan jadi kekal pada diri Anda bila tindakan Anda hanya menyusahkan diri sendiri, bila Anda tak merancang dan bila strategi Anda tidak diterjemahkan di atas kertas, hanya bermain di dalam kepala saja.
Jika Anda kaji, susah Anda selama ini sebenarnya berpunca dari perbuatan Anda, tindakan Anda yang salah dan keputusan yang salah juga. Untuk menjadikan diri Anda bermotivasi, jangan kata yang itu semua salah.
Katakan ia hanya kurang betul. Jadi Anda kena buat lagi, ulang lagi supaya Anda jumpa cara yang betul. Usah kecewa, sakit hati ataupun marah kerana berbillion orang buat silap setiap hari.
Buat silap adalah sesuatu yang normal. Tapi, jika Anda tak mengakui kesilapan Anda, tak memperbetulkan kesilapan dan tak belajar dari kesilapan, itu kurang normal.
Mulai hari ini, ubah perangai Anda. Beranikan diri buat silap, beranikan diri gagal supaya dari silap itu Anda boleh belajar cara yang betul. Gunakan fikiran untuk mengkaji, gunakan minda untuk menaakul. Bagi orang berjaya, susah hanya sementara.
Bagi orang gagal, susah jadi kekal. Ikut cara orang berjaya, supaya Anda juga boleh berjaya. Anggap susah hanya sementara, supaya senang menjadi kekal untuk diri Anda...yang penting tindakan susulan harus ada...abaikan segala benda yang tak penting..terima kasih Allah atas pengalaman yg selama ni ku perolehi..akan ku manfaatkan nya dalam langkah ku..aminn

No comments: