Tuesday, July 14, 2009

tanggungjawab BARU..

aku bakal jadi AYAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH:D

Sunday, July 12, 2009

H.O.P.E

"Sometimes we are like an angel with one wing, and we necessarily need the other wing of a similar angel to keep flying." The Stars That Shine In The Night Sky, Know Why I sit And Sigh, All My Dreams and Hopes Are Gone, And I Am Left Here All Alone, Oneday Ill Be A Star So Bright, Forever Looking Down On The World At Night ... be strong..be strong.. be strong akim.. Allah telah gariskan setiap yg berlaku dalam hidup mu.. ku mohon perlindungan..ku mohon hidayah dan petunjukMU...
Susah sifatnya hanya sementara. Memang ia sementara. Susah akan jadi kekal pada diri Anda bila tindakan Anda hanya menyusahkan diri sendiri, bila Anda tak merancang dan bila strategi Anda tidak diterjemahkan di atas kertas, hanya bermain di dalam kepala saja.
Jika Anda kaji, susah Anda selama ini sebenarnya berpunca dari perbuatan Anda, tindakan Anda yang salah dan keputusan yang salah juga. Untuk menjadikan diri Anda bermotivasi, jangan kata yang itu semua salah.
Katakan ia hanya kurang betul. Jadi Anda kena buat lagi, ulang lagi supaya Anda jumpa cara yang betul. Usah kecewa, sakit hati ataupun marah kerana berbillion orang buat silap setiap hari.
Buat silap adalah sesuatu yang normal. Tapi, jika Anda tak mengakui kesilapan Anda, tak memperbetulkan kesilapan dan tak belajar dari kesilapan, itu kurang normal.
Mulai hari ini, ubah perangai Anda. Beranikan diri buat silap, beranikan diri gagal supaya dari silap itu Anda boleh belajar cara yang betul. Gunakan fikiran untuk mengkaji, gunakan minda untuk menaakul. Bagi orang berjaya, susah hanya sementara.
Bagi orang gagal, susah jadi kekal. Ikut cara orang berjaya, supaya Anda juga boleh berjaya. Anggap susah hanya sementara, supaya senang menjadi kekal untuk diri Anda...yang penting tindakan susulan harus ada...abaikan segala benda yang tak penting..terima kasih Allah atas pengalaman yg selama ni ku perolehi..akan ku manfaatkan nya dalam langkah ku..aminn

tazkirah santai...

Seorang ustaz sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ustaz itu dan menegurnya.
Pramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.
Ustaz: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri…) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Pramugari: (dengan sifat angkuh…) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.
Ustaz: (dengan sifat bersahaja….) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari…..buhaahhaa

Saturday, July 11, 2009

Debaran malam pertama...0_o

haa...mulalah tu nak fikir bukan-bukan..nak jadi isu lah tu..nanti adalah yang tak senang duduk.. sabar..baca sampai habis dulu..memang menarik isu ni...mari kita menyelusuri tajuk diatas..
" Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza."
"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"
Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita.
Lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah. Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan?
Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Ingatlah ayat al-Quran bagi mereka yang mahu dikembalikan ke dunia setelah mati:
"Ya Tuhanku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?
Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya.
"Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!" mengingati MATI itu sunat..meremang juga bulu roma ni..andai aku pergi dulu...aku merayu setiap dari kamu sebarkan.ikhlaskan hati sedekahkah "AL-FATIHAH" untuk aku...kirimkan doa kalian buat aku...

Wednesday, July 1, 2009

23 years Old

lets singing for myselff....... together.. happy birthday to me.. happy birthday to me... happy birthday to me.... happy birthday to me.. Alhamdulilah.. thank you Allah.. Dear Allah,. i just want the strong.. i just want the love.. i just want to be Happy.. and.. please guide me all the time... Dear ibu.. terima kasih.. besarkan budak nakal, dan besar tapi comel ni:P boy dah 23 tahunn :( hehehe sayang ibu.. dedikasikan perjuangan,kepayahan,sakit dan segalanya.. hanya untuk bahagiakan ibu... sayangggggggggggggg ibu.. hadiah besday sebelom ni ibu bagi laptop,motor,rm 5k cash.. erms apa yek hadiah aku kali ni.. nak kahwin bole bu??-,-"