Thursday, October 23, 2008

"wahai hati-hati yang bersabar dan sentiasa mencintai ILAHI...dalam hidup terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tak kita inginkan dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan tak dapat membuatkan hidup kita lebih bahagia ALLAH is enough for me.." tetiba hati ini rasa sayu dan sedih mengenangkan saat akhir sisa perjuangan taaruf..melihat kembali gambar-ganbar bersama mereka..banyak memori terbina bersama mereka lucu,sedih,marah kecewa bercampur aduk...yang pasti akan merindui mereka walau apapun mereka.... so what i do today membaca..hahaha.. bangun teros pergi makmal tengok result(jangan tanya apa aku dapat)..kaki sakit..jumpa sha sengal(the one and only classmate yg satu intake dgn aku,tempat gaduh n tempat nak berbincang asgmnt..)jumpa lecturer,lepak dengan zuraihi,bincang dengan dia subjek yang aku kena ambik sem nie...balik bilik tidur(aku kurang sihat harinie..) masa maghrib aku bangun..badan macam dah ok..bangun solat n lepak borak2 dengan nalin..lepas tu bole teringat kat DIA..oh belum instal lagi..terus mesej dia n ajak jumpa kat cafe.. lepas solat isyak terus aku turun cafe..DIA sampai lambat sikit..sempatlah order makan dan minum air.... ada junior baru masuk mintak tandatangan..rasa macam artis pulak kebelakangan ni... dan jeng..jeng..DIA samapai..lalalala..dia ayu,comel..sungguh tiada siapa yang dapat ganti tempat dia..sambil instalkan dia beberapa program sempat borak2.. lalala Alhamdulilah..dari riak dan tingkah lakunya dia bahagia dengan life dia..aku hanya ingin sentiasa buat dia bahagia dan tersenyum....moga aku juga akan turut bahagia mungkin dengan DIA..ceitt ada lagi harapan kat celah2 pasrah dan redha aku menerima hakikat..Allah padamu jua ku mohon pertolongan..aminnn..masa nak balik DIA bagi cokelatlatlat... sampai dibilik terus aku menghadap laptop nie begitulah perjalanan cerita aku di hari ini..... disebalik perjalanan hari ini...ada sesuatu yang harus kusimpan dan kutanggung.. ibu dan harapan..panggilan telefon dari ibu membuat hati aku hiba.. aku tahu dia menangis dalam diam... ibu seakan putus harapan..dan pada awalnya aku juga...namun setelah berbincang dengan rakan aku tekad menghabiskan mengikut tempoh yang ditetapkan... Allah hampir gugur jantung aku....ibu lebih ke arah cadangan untuk aku berhenti dari menyambung pengajian aku.....ibu mempersoalkan komitmen aku kepada pelajaran.. menyalahkankeputusan aku untuk tinggal diluar.. aktiviti luar dan dalam kampus.. ketidak fokusan aku pada pelajaran.. ..."kamu belajar macam mana boy?kamu berpuas hati ke dengan CGPA dibawah 3.00 semasa bergraduasi?macam mana nak kerja dengan CGPA begitu..pasaran kerja semakin sempit..." antara dialog ibu.. aku tidak tega melihat ibu bersedih....bukan aku mintak keputusan begitu.. ALLAH mudahkan urusan aku Ya ALLAH....tunjukan aku jalan' Semoga ALLAH SWT senantiasa memberikan kepada kita hati yang lapang, yang jernih, karena ternyata berat sekali menghadapi hidup dengan hati yang sempit.
Allah adalah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahayaNya adalah ibarat misykat. Dalam misykat itu ada pelita. Pelita itu dalam kaca. Kaca itu laksana bintang berkilau. Dinyalakan dengan minyak pohon yang diberkati. Pohon zaitun yang bukan di timur atau di barat. Yang minyaknya hampir-hampir menyala dengan sendirinya, Walaupun tiada api menyentuhnya. Cahaya di atas cahaya! Allah menuntun kepada cahayaNya, Siapa saja yang ia kehendaki. Dan Allah membuat perumpamaan bagi manusia. Sungguh Allah mengetahui segala. (Q.S. An-Nur : 35)

No comments: