"tetap melangkah biar payah"
Saturday, January 17, 2009
"Biar susah sungguh
mengingat Kau penuh seluruh"
kami masih belum ada apa-apa perkembangan...
penumpuan penuh aku lorongkan ke atas kewajipan aku..
hukumnya wajib giler sehingga aku rasa sedikit hilang penumpuan aku pada hal-hal lain
...mungkin disitu nampak kebocoran usaha yang aku patut tunjukan paa dia..
aku sentiasa harap dia paham...bukan semakin kurang kasih ku padamu malah semakin tebal
sejak aku bagi dia baca apa itu takdir...dia akan beri jawapan..biar takdir tentukan segalanya...
hiskhhhh....dengan segala daya dan upaya aku cuba untuk selamatkan hubungan ni.
nape hubungan kite susaaah sgttttttttttt?
ingat pulak lagu2 ella..
pahit getir dan pengorbanan..terpaksa dilalui demi kejayaan...
pencapaian tak tiba dengan mudah.....
Tuesday, January 13, 2009
UJIAN BERTANDANG LAGI
Moga Allah kurniakan kesabaran,redha dan semangatberjuang kepada kita dan saudara-saudara seIslam kita di Palestin dan seluruh dunia, yang mungkin tidak dapat hidup dengan aman sepertimana kita dapat menikmatinya...
Kerana setiap pengorbanan, kesabaran dan redha yang kita persembahkan kepada Allah ada ganjarannya disisi Allah swt..‘Dan dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang banyak dalam betuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup didunia dan disisi Allah-lah tempat kembali yang baik. Katakanlah, “Mahukah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?” Bagi orang-orang yang bertaqwa (tersedia) disisi Tuhan mereka syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal didalamnya, dan pasangan-pasangan yang suci, serta redha Allah. Dan Allah Maha Melihat hamba-hambaNya. [3: 14-15]‘ lelah,letih kecewa,sedih,hampa dan takut... itulah perasaan aku lalui minggu ini...3 midterm,satu persedian presentation,satu asgmnt yang nak dihantar,keadaan kesihatan yang masih belum pulih..aku tak mampu nak berfikir dan mengarang lebih panjang..pada Allah ku mohon setiap detik untuk kembalikan nikmat sihat.......
If the rain must FALL
salam penuh kasih sayang.....
dengan nama Allah yang maha penyayang dan pemurah..hidayah dan redhaNYA ku harap sepanjang jalan hidupku.....
"secara jujur aku tak mampu..."
tak mampu nak menghadapi minggu yang berat nie....
dengan keadaan kesihatan aku,dengan bebanan kerja......aku hampir sahaja menitiskan air mata sewaktu mid-term perfomance management....ikutkan keadaan aku tu memang aku tak nak ambik..tapi awal pagi lagi ibu dah telepon...memberi nasihat dan membakar semangat...itulah penguat aku menghadap exam...hmmmm memang tak dapat nak berfikir dengan baik langsung..
molekul-molekul susah hati secara senang hati menyerang hati aku....aku tak mampu nak fikir benda-benda lain...minggu ni aku ada 3 midterm,satu asgmnt nak kena submit,satu presentation yang kena buat preparation.......keutamaan tetap akan jadi keutamaan....aku mengambil keputusan untuk membiarkan beberapa perkara ke tepi dulu...dalam aku menghadapi takdir hidup ini aku mencari dan terus mencari..akhirnya..
Sunday, January 11, 2009
S E K A R A N G
zarah-zarah perasaan yang tidak stabil dan mengeluarkan asid-asid resah,bimbang,takut,blur,hodoh,dan tah apa-apa tah lagi yang sangat teruk..implikasinya aku tak mampu nak berfikir dengan baik...lalu tumpahan ini terus memaksa aku untuk jadi tepu...
sumpahhhh...
aku tak dapat membuat apa-apa keputusan sekarang..aku hanya melalui hidup ini dengan TAKDIR yang aku kena lalui.....
dunia...ini adalah kesannya apabila anda memakai cermin mata tapi ada tidak memakainya...
eyekkkkkkk takmo pakai cermin mata all the way..tapi kena pakai jugak.....:(
aku dan dia sakit..
segalanya bermula ....,
since balik library..takde berita aku dengar dari dia...till now still keep thinking bout her...
she not feeling very well..then aku text lah msg kat dia malam sabtu tu yg lebih kurang bunyi dia macam nie...i wish i can share ur pain n let me the only one who feal the pain..n here we go...u wish is my command...maka sakitlah aku..
dear she...
sumpah tak tahan....cepat sembuh ya...
malam sebelum kejadian......,
hang out dgn roomates..dodol@hujan,lan ganu,nalin n me....
bukan g mana pun g pasar malam kat kawasan ni jek..macam jauh ehkkkkk..kuihkuih..
after that kitaorg g lah mandi swimming pool...enjoy that moment...balik tu aku g pasar malam balik..beli makan lagi(dan mungkin ini penyumbang kepada salah satu masalah kesihatan aku..)ceistt..time nak exam dia sakit pulak..kalo bole pindah lepas exam kan best..
hari ni ahad..was a bad hari ahad ever ku hadap di semester 4...
dihati tak pernah berhenti berharap dan berdoa agar dikurangkan sakit aku ni...
mana taknya.......isnin midterm perfomance management....selasa cross culture management.....
takUt wooaaaaahh........
rasa aku lah kan hari ahad nie 8 kali aku g toilet.....kepala macam nak pecah sakit gila..
kebetulan ibu telefon aku pagi ahad tu...dan seperti biasalah..ibu adalah orang yg paling risau dalam dunia..dan hampir 4 kali dia telefon aku hari ahad ni....dia tahu aku ni bukan mudah sakit..tapi kalo dah sakit memang lembikk......
"dah makan ubat?dah makan nasi?"itu antara pertanyaan biasa yg aku percaya ibu-ibu di seluruh dunia akan tanya pada anak dia....nikmatnya jadi orang sihat..
sehingga ke watku aku menulis blog ni masih tak dapat berita pasal dia.....
hmmm harap semuanya akan baik-baik sahaja....
palestin jangan kau menangis...semoga gaza daPAT cari jalan keluar..aminn
everyday reminder..
|...aku ada misi penting sem ni....|
Tuesday, January 6, 2009
"Ya Allah, berikanlah cintaMu kepadaku, jadikanlah orang yang mencintaiMu mencintaiku, dan jadikanlahaku mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaanMu"...
Segala puji dan syukur kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dialah Robb yang selayaknya diserahkan segala kecintaan. Cinta yang abadi dan suci hanyalah cinta yang sujud di teplapak cintaNya. Mengucap kesyukuran atas kasih sayangNya, Allah telah mengurniakan rasa cinta sesama kita sebagai layaryang menyerlahkan lagi keagungan cintaNya..
begitu banyak alasan mengapa tiada sebarang kata yang tertinta di sini. Dan ada sebabnya setiap rasa yang hadir dibiarkan berlalu dahulu. Jika dituliskan, yang kedengaran hanyalah rasa pahitnya hidup dan duka...sungguh ketabahan ku di uji hebat..apalah ada dan tinggal lagi untuk aku di bumi..
yang tinggal hanya rasa matiku pada percaya...rasa sebak dan pilu atas tafsiran yang diberi..
mujur sahaja pengalaman telah mendidik ku sebelum ini..
dalam senyum aku menangis..dalam diam aku berdoa..hanya padaMU ku hampar rasa sakit yang dilalui...
entry2 yg sudah siap ku catatkan ku biarkan di salah satu ruang di laptopku..
permulaan 2009 yang menyedihkan....
terima kasih kerana tidak bertanya aku dahulu atas alasan apa aku berbuat begitu......
terima kasih kepada "kawan" kerana mengambil kesempatan atas percaya ku...
sungguh hal yang paling menyedihkan dan mencarit kejam hibaku...
bagaimana harus ku ungkap dgn kata2????
insan yang ku aku percaya dia berbeza dari yg lain........akhirnya tiada beza...
apakah bernilai lagi percayaku padamu??
Never really said too much Afraid it wouldn’t be enough Just try to keep my spirits up When there’s no point in grieving Doesn’t matter anyway Words could never make me stay Words will never take my place When you know I’m leaving Try to leave a light on when I’m gone Something I rely on to get home One I can feel at night A naked light, a fire to keep me warm Try to leave a light on when I’m gone Even in the daylight, shine on And when it’s late at night you can look inside You won’t feel so alone You know we’ve been down that road What seems a thousand times before My back to a closing door and my eyes to the seasons That roll out underneath my heels And you don’t know how bad it feels To leave the only one that I have ever believed in Sometimes it feels like we’ve run out of luck When the signal keeps on breaking up When the wires cross in my brain You’ll start my heart again When I come along
Oh I had a lot to say was thinking on my time awayI missed you and things weren't the same,Cause everything inside it never comes out right
This time I think I'm to blame it's harder to get through the daysYou get older and blame turns to shameEvery single day I think about how we came all this way The sleepless nights and the tears you cried it's never too late to make it right
i'm sorry.........
Tuesday, December 23, 2008
Sunday, December 21, 2008
gelak..gelak lah kuat-kuat....
pening?perasaan ingat tau siapa dia meluap-luap?
hahhaahaa.......we will talk about this later k..
busy lah..banyak kerja nak buat..
have a nice day....
serius aku bukan main-main.....
panjang ceritanya..
dan tolong jangan buat apa-apa andaian dulu k....
yang paling penting..
aku dah jumpa apa yang aku cari dalam hidup..
dan aku dah dapat apa yang patut aku miliki...
with love,
akim
Saturday, December 20, 2008
Monday, November 3, 2008
bismilahhirahmannirahim..
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..
hidayah dan redhamu ku harap sepanjang jalan hidupku...
kotak hati dan pemikiranku terus berirama dan berdendang dek kerana beberapa kejadian..
ingin ku rentap salah satu rasa yang ada pada diri..
sudah segalanya ku cuba namun tetap di berlalu begitu jua..
aku harus tegas menolak ia datang lagi..
cukup sudah yang telah kulalui itu..
andai dapat kugambarkan perkembangan kuis ku yang tercinta ini
pasti lebih indah untuk dihayati....
suasana panas yang melanda daerah terutama kuis amat mencabar..
suhunya bisa sahaja membuat telur yang mentah menjadi masak..
sehinggalah hari ahad yang lalu hujan baru turun mencurah bumi kuis...
kelas sudah banyak yang bermula..
Alhamdulilah..suasana belajar mulai menyeronokkan..
aku mulai belajar subjek-subjek major course aku...
menguruskan sumber manusia bukanlah semudah yang disangka..
tapi sungguh ianya kursus yang amat menarik dan menyeronokkan..
semester ini aku mengambil 7 subjek..dengan 21 jam kredit.
kebanyakkan kelas harus aku lebih berdisplin untuk datang awal..
manakan tidak dua kelas aku di ajar oleh dekan fakuliti..1 subjek di ajar oleh ketua jabatan hr
amaran keras mula diberikan oleh pensyarah tentang kedatangan dan komitmen..
ya aku bersedia menyahut cabaran..
semester ini agak menarik sedikit..
aku sudah mula menetap di campus semula..
aku bermotivasi tahap optimum
aku menghadkan aktiviti luar dan dalam kampus aku..
atas nasihat dekan,3 pensyarah,terutama ibuku,dan kawan2 rapat..
aku yakin semester ini akan kembali pulih..
atas keputusan semester 3 yang kurang baik aku telah menjatuhkan hukum atas diriku
secara mandatori..
ya tegas bukan bunyinya..
apa hukumannya??
-tiada baju baru untuk ke kelas..
-tiada percutian bersama teman(amat menyedihkan..program ke cherating langkawi dan ke bali
harus dibatalkan.)
-elaun bulanan dipotong 50%(ibu tolong pertimbangkan balik)
-tiada rumah..(aku tidak akan pulang kerumah sehingga bulan 2 iaitu setelah berakhirnya
percutian semester 4)
-tiada lagi hiburan di hari sabtu dan ahad..
-harus cuba solat jemaah di masjid tiap2 waktu solat..
-harus konsisten dan belajar sebelum belajar dikelas..
Wednesday, October 29, 2008
at'thorikah aha'mu minal maa'adah..
sepotong pepatah arab yang aku tahu...
yang mana ertinya cara itu lebih penting dari judul(aku klasifikasikan sebagai modul)
Syukur ke hadrat Allah kerana masih memberi aku peluang untuk terus berada di atas jalan ini.
Meskipun kadang-kadang terasa ragu-ragu akan penat lelah yang dicurahkan untuk jalan ini,
namun Allah masih sayangkan aku. Cepat-cepat dihilangkan rasa ragu-ragu tersebut, dan datanglah keyakinan.
Sesekali keyakinan itu datang dalam bentuk bahan bacaan yang dibaca, dan juga boleh jadi ada peristiwa yang berlaku.
Kali ini keyakinan itu datang setelah bertemu jasad-jasad yang zahirnya kelihatan sudah tidak secergas biasa,
namun roh dan semangat ibarat seorang pemuda yang masih bertenaga..
sejak bila ehkk blog aku jadi tersebar luas takdelah unsur peribadi lagi..iskhh..iskhh
rasa menyesal pulak bagi address blog ni kat seorang hamba Allah nie..
seingat aku tujuan asal penubuhan blog ni untuk berjuang bersama2 seorang sahabat aku...
seorang sahabat di jepun yang memberi suntikan untuk aku berkarya dan berkongsi hidup..
dan bersama2 sahabat2 pelajar yang belajar diluar negara dan di malaysia sendiri..
dimana antara motifnya adalah untuk mencatat perjalanan
hidup aku dari zaman belajar sampai ke anak cucu insyaALLAh..
tapi dah jadi lain...hahaha
nak tergelak pun ada
masing2 punya pandangan tersendiri
thanks anyway guys..
apa yang aku rasa dan buat setelah membaca..
aku merasa sedikit marah..
dan apabila rasa marah mengelitik aku
aku bertanya kepada diriku..
perlukah aku berasa marah..
berbincang langsung seolah mereka mengenali aku dan duniaku..
hahahahahaaha..(tergelak besar aku dibuatnya...)
sumpah aku hampir menangis dengan gelakan ku..
Aku pikir aku tidak akan dihinggapi oleh rasa ini. Marah karena diabaikan
(dalam konteks memberi pandangan tanpa mendekati,mungkin sudah jadi lumrah masa kini) .
Sepanjang hari setelah kejadian itu aku termangu-mangu dalam diam.
Berusaha meneliti kejadian yang berlangsung jauh didalam sana, digerak-gerak hatiku.
Mengapa marah ? perlukah aku merasa marah saat itu ? aku siapa ?
Lalu aku mulai memutar perlahanan filem dokumenteri tentang kemarahanku itu.
Aku mengulangnya hingga lebih dari lima belas kali (dengan sedar akupun menghitung). Aku mengingat detail-detailnya.
Haaah! memalukan! benar-benar memalukan! tidak ada yang perlu membuatku marah Sungguh! tidak ada!
Lalu aku malu pada kekerdilan diriku. Betapa aku orang yang masih tinggi hati,
hingga sepenuh terluka dengan episode kecil seperti itu.
Dan kutatap bayangan dalam cermin...
orang sombong, betapa ruginya kalau aku mati dalam kondisi seperti itu...
mengigil ku sedarkan diri...
kembali ke pepatah arab di perenggan pertama tadi..
setiap orang ada cara tersendiri..maka dengan cara itu individu itu berasa senang dan selesa..
mengharungi hidup seharinya dengan rasa bahagia..
percayalah hidup ini tidak akan pernah kita dapat membahagiakan orang dengan cara kita
bersungguh mana pun kamu tetap akan ada yang tidak bersetuju..
lumrah alam zaman berzaman..
Aku teringat cerita nabi junjungan Muhammad s.a.w kekasih Allah..
bagaimanakah diawalnya kisah dakwah baginda..
bapa saudaranya sendiri...menentang usaha Dakwah baginda..
sedangkan diawalnya beliau
jika ada satu alat yang sesuai untuk mengukur kekuatan iman, tentulah alat itu adalah ‘hati’.
Allah SWT menjadikan hati itu hidup dan berfungsi sebagai pusat kawalan bagi anggota badan manusia.
Seseorang yang suka menyentuh hatinya dan merawat dengan baik akan semakin mengenali dirinya sendiri.
“Sesungguhnya Allah akan membangkitkan disetiap permulaan kurun seorang yang akan memperbaharui (memberi nafas baru)
untuk umat ini akan urusan agama mereka” (Hadis).
Jika gelisah, sedih dan putus asa menguasai diri, dia akan bertanya kepada hati apakah sebabnya?
Kemudian ilmu diperlukan untuk menjawab soalan, akal diguna sambil hati memandu cuba merungkai penyebab kesedihan itu.
Akhirnya ditemukan jawapan punca kesedihan, kemurungan, gelisah dan tekanan pada diri manusia
” Dia memberikan Hikmah kepada siapa yang dikehendaki. Barang siapa yang diberi Hikmah,
sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak..” (2:269)
kepada pihak2 yang berkenaan ..teruskan usaha anda..sebarkanlah apa yang anda ingin sampaikan..
aku tidak sesekali berasa gentar secubit pun..sebab aku amat pasti suatu hari nanti kebenaran akan terbukti dan sebahagiannya sudah terbukti...
bukan saja saat itu,malah saat ini aku sudah tersenyum...bukan pertama kali aku berhadapan dengan orang seperti kamu..
ini caraku,pemikiran ku,hidupku,jalanku..asal sahaja aku tidak membuat perkara2 yang bertentangan dengan islam...
Allah itu maha mengetahui:)
hari ini temujanjiku bersama rakan sekelas ku lewatkan...langsung aku ke kelas jam 2...kelas pada hari ini cuma overview untuk subjek itu sahaja.
habis kelas terus aku ke jabatan pembangunan mahasiswa(JPM) untuk menguruskan soal usrah aku dan penambahan subjek untuk semester ini..
sewaktu jalan pulang ke asrama aku berjumpa dengan senior2 ku...terus aku bertanyakan buku2 yang boleh aku pinjam dari mereka..
terus aku pulang ke bilik..menunggu nalin aku tertidur sebentar..
terus keluar membeli beberapa makanan...dan pulang...sampai diasrama aku menghadap laptop ni bestnyer internet laju. tapi..esok kelas pagi..
aduhs kalo lambat memang kena marah dengan sha sengal..
sempat juga aku buat panggilan..weeee~
Thursday, October 23, 2008
"wahai hati-hati yang bersabar dan sentiasa mencintai ILAHI...dalam hidup terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tak kita inginkan dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan tak dapat membuatkan hidup kita lebih bahagia ALLAH is enough for me.."
tetiba hati ini rasa sayu dan sedih mengenangkan saat akhir sisa perjuangan taaruf..melihat kembali gambar-ganbar bersama mereka..banyak memori terbina bersama mereka lucu,sedih,marah kecewa bercampur aduk...yang pasti akan merindui mereka walau apapun mereka....
so what i do today
membaca..hahaha..
bangun teros pergi makmal tengok result(jangan tanya apa aku dapat)..kaki sakit..jumpa sha sengal(the one and only classmate yg satu intake dgn aku,tempat gaduh n tempat nak berbincang asgmnt..)jumpa lecturer,lepak dengan zuraihi,bincang dengan dia subjek yang aku kena ambik sem nie...balik bilik tidur(aku kurang sihat harinie..)
masa maghrib aku bangun..badan macam dah ok..bangun solat n lepak borak2 dengan nalin..lepas tu bole teringat kat DIA..oh belum instal lagi..terus mesej dia n ajak jumpa kat cafe..
lepas solat isyak terus aku turun cafe..DIA sampai lambat sikit..sempatlah order makan dan minum air....
ada junior baru masuk mintak tandatangan..rasa macam artis pulak kebelakangan ni...
dan jeng..jeng..DIA samapai..lalalala..dia ayu,comel..sungguh tiada siapa yang dapat ganti tempat dia..sambil instalkan dia beberapa program sempat borak2..
lalala
Alhamdulilah..dari riak dan tingkah lakunya dia bahagia dengan life dia..aku hanya ingin sentiasa buat dia bahagia dan tersenyum....moga aku juga akan turut bahagia mungkin dengan DIA..ceitt ada lagi harapan kat celah2 pasrah dan redha aku menerima hakikat..Allah padamu jua ku mohon pertolongan..aminnn..masa nak balik DIA bagi cokelatlatlat...
sampai dibilik terus aku menghadap laptop nie
begitulah perjalanan cerita aku di hari ini.....
disebalik perjalanan hari ini...ada sesuatu yang harus kusimpan dan kutanggung..
ibu dan harapan..panggilan telefon dari ibu membuat hati aku hiba..
aku tahu dia menangis dalam diam...
ibu seakan putus harapan..dan pada awalnya aku juga...namun setelah berbincang dengan rakan
aku tekad menghabiskan mengikut tempoh yang ditetapkan...
Allah hampir gugur jantung aku....ibu lebih ke arah cadangan untuk aku berhenti dari menyambung pengajian aku.....ibu mempersoalkan komitmen aku kepada pelajaran..
menyalahkankeputusan aku untuk tinggal diluar..
aktiviti luar dan dalam kampus..
ketidak fokusan aku pada pelajaran..
..."kamu belajar macam mana boy?kamu berpuas hati ke dengan CGPA dibawah 3.00 semasa bergraduasi?macam mana nak kerja dengan CGPA begitu..pasaran kerja semakin sempit..."
antara dialog ibu..
aku tidak tega melihat ibu bersedih....bukan aku mintak keputusan begitu..
ALLAH mudahkan urusan aku Ya ALLAH....tunjukan aku jalan'
Semoga ALLAH SWT senantiasa memberikan kepada kita hati yang lapang, yang jernih, karena ternyata berat sekali menghadapi hidup dengan hati yang sempit.
Allah adalah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahayaNya adalah ibarat misykat. Dalam misykat itu ada pelita. Pelita itu dalam kaca. Kaca itu laksana bintang berkilau. Dinyalakan dengan minyak pohon yang diberkati. Pohon zaitun yang bukan di timur atau di barat. Yang minyaknya hampir-hampir menyala dengan sendirinya, Walaupun tiada api menyentuhnya. Cahaya di atas cahaya! Allah menuntun kepada cahayaNya, Siapa saja yang ia kehendaki. Dan Allah membuat perumpamaan bagi manusia. Sungguh Allah mengetahui segala. (Q.S. An-Nur : 35)
Wednesday, October 22, 2008
wajah dan suara ibu di ganggang telefon masih jelas bermain di rongga deria telinga
sayup dan redup jelas penuh pengharapan..aku pasti dengan amat walau tidak bertentang mata...
“Many books destined for great success had to survive
not just rejection, but repeated rejection,”
panggilan telefon dari DIA cukup menghiburkan hati..
aku sudah fikir yang bukan-bukan saat dia pulang ke tanah airnya..
mungkin dia semakin mebenci mungkin dia tidak mahu aku dalam hidupnya walau sebagai temannya..
ternyata tanggapan ku silap..aku rasa bahagia bila kamu masih mahu menerima salam persahabatan dariku..
jauh di sudut hati aku..selamanya kamu akan tetap bertahta..
walau sekejap,walau sementara dan dengan tujuan meminta number telefon bas di pudu raya..
entah bagaimana harus ku mula kisah aku dan dia..
minggu orientasi yang amat membosankan dan memenatkan dan seringkali aku ponteg dari mengikuti
program-programnya dan dapatkah kalian bayangkan?sekarang ini di semester 3 dan 4 aku menjadi
ketua fasilitator untuk mengendalikan pelajar baru..menyediakan modul2 untuk mereka gunakan..
ajaib bukan??jawapannya tidak...dan apabila tuhan inginkan sesuatu maka ianya akan berlaku..
YA ALLAH aku bermohon padamu mudahkanlah segala urusan...
aku mula terpandang dia semasa minggu kedua orientasi..
aku masih memapah semangat yang tinggal sedikit ini..Cinta itu harus menerima apa adanya, bukan?
ALLAH aku mohon dengan sangat..mohon dengan sangat..
(suara hati berbisik kemanakah ianya akan berakhir walau aku tahu akan akhirnya aku dan dia)
disuatu sudut lain aku tersusut berpusat dengan suatu yang lain sambil menitis air mata..ibu....
harus aku meneruskan pengajian aku?
harus ku akhiri nya disemester 4?
andai ini takdir yang ku tulis untukku..
andai ini selayaknya yang aku harus aku terima..
akan aku menerimanya...walau tak mampu aku menerima dengan penuh rela..
Masa ni lah conscious minda dan subconscious mind mengambil peranan.
Menjana kuasa minda supaya mampu buat apa yang dalam keadaan normal kita rasa tak mampu buat.
Diulangi, kita rasa!
ALLAH sesungguhnya engkau maha mengetahui
nafsuku unutuk tidur hilang..
bimbang akan hari esok..
ibu pasti mengharapkan yang lebih dari aku harapkan..
mampukah aku bahagiakan insan yang bernama ibu..
ALLAh aku hambamu yang lemah..berilah aku kekuatan,bantulah aku janganlah kau duga aku dengan dugaan
yang tak mampu aku hadapi..selewat jam 3 pagi air mata ini sudah kering.
merisaukan keputusan peperiksaan aku..
seorang teman menawarkan diri untuk bersama aku keluar berbincang tentang semester baru..
sepanjang perjalanan itu hati aku bercampur baur..
sewaktu menunggu teman membawa makanan aku mencari tempat duduk..
suatu sudut yg agak menarik...lalu aku duduk di situ..
tetiba apabila mengingat kembali aku jadi sebak..
hampir menitis air mata..sempat ku tahan..
apakah aku ini hamba yang tidak redha ya ALLAH?
hati ini terus ku pujuk untuk bersabar....
‘Hai orang2 yang berIman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan
tetaplah bersiap sedia dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.[Ali Imran:200]
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat,
dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.[Al-Baqarah: 45]“
untung sahaja punyai teman seperti itu..dia berjanji semampu yang boleh dia akan membantu aku untuk menyelesai segala urusan aku..
pasti ada hikmahnya...
opick "rapuh"
lately aku jadi minat yang super extra pada lagu opick..
yok melihat salah satu lagu kegemaran aku dari opick..
lirik jek...lagu cari sendiri:)
Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Kupersembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidup
Meski kurapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu
Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada kuharap hanya
DiriMu yang bertakhta
Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu
“Ya Allah,permudahkanlah segala urusan hambaMu yang lemah ini..”
Subscribe to:
Posts (Atom)