Showing posts with label jauh dari hati. Show all posts
Showing posts with label jauh dari hati. Show all posts

Sunday, June 28, 2009

If at first you don't succeed; call it version 1.0 tak tau dan tanpa pasti apa yang terjadi.. terus aku labelkan gadisku dalam koma.. semoga dalam ruang perjalanan waktu.. segalanya akan pulih.. kembali bersama semula seperti dulu.. sangat rindu..sangat rindu..sangat rindu kamoO..

Friday, June 26, 2009

seringkali kita mengungkapkan ungkapan yang kita sendiri tidak pasti... melafazkan sesuatu yang bukan ingin kita sampaikan... yang akhirnya membawa kesan yang panjang dalam hidup.. jalan yang terang kini makin suram... merindui senyuman mu..merindu setiap sudut yang ada padamu.... semoga tetap kau bahagia.. memerhati kamu dari ruang kecil pandanganku.... alangkah indah jika putaran waktu dapat ku ulang.. mengorak langkah dengan yakin dan tanpa ragu.. impian tak seindah mimpi.. hanya harapan tersemat.. mohon pada yang Satu agar diberi kekuatan..dan sentiasa di pimpin.. andai saja semalam dapat ku miliki... hmmmmmmmmm.....

Wednesday, June 17, 2009

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI PENYAYANG.. berkesempatan jugak menulis panjang untuk blog ni.. semester baru...permulaan yang amat baik..bermula dgn mengambil keputusan exam..alhamdulilah..syukur.lebih baik dan lebih dari apa yg aku harapkan..thank you Allah.aku juga kena botakkan rambut aku sebabkan aku dah nazar dulu..ishk..botaklah aku sepanjang semester ni..yang pasti aku hanya berbaki 4 semester yang perlu aku perbaiki segalanya no more season of dreaming..it's a time to work hard. demi daerah yang semakin sempit,dan semangat yg makin sedikit aku lalui semester ni.. persoalan yg besar dan keputusan yg sukar harus aku buat semester ni.. beberapa benda aku tinggalkan..antaranya latihan silat aku.. semakin rindu aku untuk mengerakkan irama silat cekak harimau pencak laksmana.. anugerah selendang merah dan ilmu2 kebatinan di dalamnya antara yang aku kesali tidak berkesempatan memperolehinya bagi siapa2 yang mengetahui pasti akan sama menyesali .bukan mudah memperolehi ilmu itu merindui gelagat rakan2 di gelanggang.. kadang-kadang dalam hidup ini kita akan melalui masa2 sukar. membuat keputusan untuk diri sendiri dan dalam masa yang sama mengharapkan kita tidak melukankan perasaan orang lain adalah satu benda yang agak mustahil semua orang dalam dunia ni pasti pernah berhadapan benda yang sama.. apa yang aku kenali pada diri aku ni adalah..apabila aku dah buat keputusan aku akan teruskan keputusan aku tu..i will stick on my decision. aku lihat tak banyak orang berani tegas dengan apa yang sepatutnya dia buat.. terlalu memikirkan orang lain juga antara alasan yang sering aku dengar.. sampai satu tahap dia tidak berani mengambil risiko.. hidup ini satu risiko..jadi ambilah risiko.. ada orang PULAK SANGAT berani ambik risiko..formula aku cukup mudah.. laluilah hidup ini...segalanya telah ditakdirkan..contohnya.. apabila kita berdepan dgn anjing atau harimau..kalo dah memang tertulis pada hari dan saat itu kita mati kena baham or kena gigit ngan diorang kita tetap akan mati jugak..begitulah sebaliknya...jodoh maut di tangan tuhan aku ingin berkongsi situasi yang berlaku pada awal semester ni yang berkaitan dengan keberanian untuk membuat keputusan.. subjek ini cukup menarik,pensyarahnya juga cukup bijak mengendalikan kelas.. kuliah itu melibatkan pelajar2 dari kursus lain..jadi semakin ramailah.. nak dipendekkan cerita..suatu hari pensyarah tersebut memberikan tugasan.. pelajar2 boleh memilih sama ada ingin buat bersama kumpulan atau berseorangan.. jadi aku telah memilih seorang hamba Allah ni..dan dalam masa yang sama tetiba ada hamba Allah yang lain ni memilih dia juga.. aku tidak lah pulak merasa marah,dan then aku pun cakap lah ngan mahkluk ni takpelah aku nak buat sorang2 jek..aku cakap dengan nada yang jelas dan terang, lainlah kalau die student negiria atau afrika yang tak paham bahasa melayu. pada waktu petang tu,aku dapat mesej yang aku dipartnerkan dengan budak lain pulak.. aku membalas mesej dan memberitahu sekali lagi yang aku xnak buat tugasan tu dengan orang lain. tapi dikesokkan harinya..aku diberitahu yang senarai nama telah dihantar kepada pensyarah dan nama aku dipadankan dengan mahluk Allah ni.. aku punyalah geram masa tu tuhan jek tahu..aku cukup tak suka orang lain yang tak kenal aku nak tentukan hidup aku,nak buat keputusan untuk aku.. aku buat keputusan untuk jumpa pensyarah tersebut.. namun apa yang diharapkan dapat berjalan dengan mudah berlaku sebaliknya.. pensyarah tersebut marah dan pelik..yang aku tak paham nya aku sekarang ni..kenapa macam aku pulak yang bersalah padahal aku datang dengan cukup comel ke biliknya..tidaklah aku datang dgn memakai baju yg sebulan tak basuh dan menyebabkan biliknya dilanda bau busuk macam bau badan mahluk yang memandai tentukan apa yang patut aku buat dia meminta aku memanggil mahluk yang dipadan kan dgn aku untuk tugasan tu dan mahluk yg menghantar kertas nama tugasan tu.. huhhhhhh???aku dah pelik..apa pulak tugas aku nak kumpulakkan budak2 tu.. dia cakap mungkin aku saje aku tipu dan harus diadili dengan budak lain?? aku makin tak paham....masalah ni cukup mudah sebenarnya..dan aku pihak yg tidak bersalah secara tiba2 dilihat sebagai pihak yang bersalah sedangkan orang lain yang buat masalah... husikhhhh....aku kumpulakan juga budak tu dan budak yg hantor kertas tu yang bau badan busuk tu dah balik kampung pulok.. aku tak kira nak selesaikan urusan tu juga..yelah pensyarah tu cakap kalau tak selesaikan da nak bawak ke dalam kelas.. sekali lagi aku termangu..kenapalh nak besarkan perkara tu sampai macam tu sekali.. selesai urusan dan terbukti aku tak bersalah langsung..aku ulang sekali lagi aku tak bersalah... semalaman aku memikirkan semula permasalahan ini..di awal kuliah pun dah jumpa masalah macam ni..aku xnak subjek yang aku nak dapat A ni jadi terok benda yang mudah jadi sukar. melihat kepada rakan kuliah(mereka ni senior aku..tapi tak kisahlah senior ke tidak..korang takde hak langsung nak tentukan apa yang patut aku buat atau apa yg tak patut aku buat shit..damn you) jadi melihat faktor tersebut dan faktor yg tak dapat dinyatakan aku memilih untuk drop subjek tersebut...senang cerita..kita harus berani dan berani untuk menegakan hak kita,jangan gentar..tutup buku pasal cerita ni.. hampir 4 subjek aku drop semester ni.. itu baru pasal subjek.next pasal perasaan... perasaan fitrah manusia iaitu ingin disayang dan disayangi... ni pun benda besar yg patut aku korbankan dalam hidup aku.. tahlah aku dah macam xde perasaan and masa nak fikir pasal benda ni lagi.. after semua benda yang aku lalu..aku cukup x berani nak letak apa2 harapan lagi.. dan berani aku nyatakan yang AKU DAH TAK CINTAKAN DIA SEPERTI MANA AKU SANGAT MENCINTAI DIA DULU.. aku pernah fikir dia lain dari yang..ternyata sebaliknya. dan jelas sekali aku pasti..letih aku nak menghadap semuanya sekali lagi.. penat menunggu..berusaha dan menanti..jangan salahkan aku kalau aku pergi..salahkan dia kerana tak reti menghargai.. aku sepatutnya tak dapat apa yang aku dapat hari ni... andai saja kalian tahu..betapa sgt aku menyayangi dia..tapi apa aku dapat??akan ku teruskan hidup ini walaupun pedih tanpamu...tapi hati aku cukup keras sekarang..dah tertutup rapat... tuhan tu maha adil kan..kasih ku tak sampai.. akan ada edisi khas untuk aku coretkan nostalgia cerita KITA... TUHAN LEBIH MENGERTI DAN MENGETAHUI APA YANG TIDAK kita KETAHUI,surah al baqarah ayat ayat 216 selalu jadi pemujuk setia aku... serah segalanya padaMU.. jadi aku terus berjalan seperti biasa,melalui jalan yang sama.. merenung bulan yang sama.. mendongak langit yang sama.. tanpa ada sekelumit harapan pun aku titipkan buat bekalan.. untuk menjadi seorang teman pun aku tak mampu lagi kerana tiada lagi dia dalam dia.. lets face tomorrow what ever GOD bring for us.. dan tidak seperti biasa..tiada lagi ucapan selamat tinggal buat dia.. mungkin di lubuk paling dalam masih terselit harapan.. mungkin luka yang dia tinggalkan menyekat ucapan itu..??? dan mungkin kerap aku ucapkan perpisahan tanpa aku benar2 pergi.. sekarang kita mencipta dua dunia yang berbeza... biarkan rasa ini terbang...melayang..lalu hilang terima kasih buat segalanya "kawan" no matter how much you love someone it is the way to be alone and lonely

Wednesday, January 28, 2009

akhir dari rasa permulaan beerti bagiku

Dengan nama Allah yang maha penyayang dn maha pemurah.. hanya dengan sujud padamu jiwa ini akan tenang........ 0455 wut the fish,at tis tyme barulah aku dapat post...hiskhh got lot work to do...nape aku macam nak jugak buat post ni walaupun busy ngan exam....sebab today terlerai pengakuan ikhlas dan jujur...happy gila aku wehh...panjang ceritanya...terima kasih yek kamOo...:) aku akan ulas lanjut wat happend..akhirnya kamu berani..bukan salah aku,siapa pun akan rasa yg sama kalau kamu di tempat aku....yang penting aku tak harus rasa bersalah dan aku memang tak salah....Allah thanks..takkan ku tahan.takkan ku pujuk...hiskhhh lalala..aku ada buat sajak..nanti aku post...nak tapis..got two exam today..morning and night..wish me luck....oh ya baru balik dr jb...jb was so damn great...tiada tempat sedamai jb...thanks mom and dad..thanks buddies...seyes taknak balik kuis..thanks seniorku tumpangkan aku..nak habiskan final cepat2 nak balik jb....jb...jb.....jb.... p/s:- for "you" aku bukan tempat kamu main bola dowhh...i will never forget wht u done (rasanya aku nie bukan sampah sgt..en.bai thanks for the advice)mungkin sebab aku ni baik sangat kot...wut the fish....@#*& l/n : amin mood: very happy:D

Saturday, January 17, 2009

"Biar susah sungguh mengingat Kau penuh seluruh" kami masih belum ada apa-apa perkembangan... penumpuan penuh aku lorongkan ke atas kewajipan aku.. hukumnya wajib giler sehingga aku rasa sedikit hilang penumpuan aku pada hal-hal lain ...mungkin disitu nampak kebocoran usaha yang aku patut tunjukan paa dia.. aku sentiasa harap dia paham...bukan semakin kurang kasih ku padamu malah semakin tebal sejak aku bagi dia baca apa itu takdir...dia akan beri jawapan..biar takdir tentukan segalanya... hiskhhhh....dengan segala daya dan upaya aku cuba untuk selamatkan hubungan ni. nape hubungan kite susaaah sgttttttttttt? ingat pulak lagu2 ella.. pahit getir dan pengorbanan..terpaksa dilalui demi kejayaan... pencapaian tak tiba dengan mudah.....
"tetap melangkah biar payah"

Tuesday, January 13, 2009

UJIAN BERTANDANG LAGI

Moga Allah kurniakan kesabaran,redha dan semangatberjuang kepada kita dan saudara-saudara seIslam kita di Palestin dan seluruh dunia, yang mungkin tidak dapat hidup dengan aman sepertimana kita dapat menikmatinya...
Kerana setiap pengorbanan, kesabaran dan redha yang kita persembahkan kepada Allah ada ganjarannya disisi Allah swt..
‘Dan dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang banyak dalam betuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup didunia dan disisi Allah-lah tempat kembali yang baik. Katakanlah, “Mahukah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?” Bagi orang-orang yang bertaqwa (tersedia) disisi Tuhan mereka syurga-syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal didalamnya, dan pasangan-pasangan yang suci, serta redha Allah. Dan Allah Maha Melihat hamba-hambaNya. [3: 14-15]‘ lelah,letih kecewa,sedih,hampa dan takut... itulah perasaan aku lalui minggu ini...3 midterm,satu persedian presentation,satu asgmnt yang nak dihantar,keadaan kesihatan yang masih belum pulih..aku tak mampu nak berfikir dan mengarang lebih panjang..pada Allah ku mohon setiap detik untuk kembalikan nikmat sihat.......

Sunday, January 11, 2009

S E K A R A N G

zarah-zarah perasaan yang tidak stabil dan mengeluarkan asid-asid resah,bimbang,takut,blur,hodoh,dan tah apa-apa tah lagi yang sangat teruk..implikasinya aku tak mampu nak berfikir dengan baik...lalu tumpahan ini terus memaksa aku untuk jadi tepu... sumpahhhh... aku tak dapat membuat apa-apa keputusan sekarang..aku hanya melalui hidup ini dengan TAKDIR yang aku kena lalui..... dunia...ini adalah kesannya apabila anda memakai cermin mata tapi ada tidak memakainya... eyekkkkkkk takmo pakai cermin mata all the way..tapi kena pakai jugak.....:(

Tuesday, January 6, 2009

bismillah "Ya Allah, berikanlah cintaMu kepadaku, jadikanlah orang yang mencintaiMu mencintaiku, dan jadikanlahaku mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaanMu"... Segala puji dan syukur kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dialah Robb yang selayaknya diserahkan segala kecintaan. Cinta yang abadi dan suci hanyalah cinta yang sujud di teplapak cintaNya. Mengucap kesyukuran atas kasih sayangNya, Allah telah mengurniakan rasa cinta sesama kita sebagai layaryang menyerlahkan lagi keagungan cintaNya.. begitu banyak alasan mengapa tiada sebarang kata yang tertinta di sini. Dan ada sebabnya setiap rasa yang hadir dibiarkan berlalu dahulu. Jika dituliskan, yang kedengaran hanyalah rasa pahitnya hidup dan duka...sungguh ketabahan ku di uji hebat..apalah ada dan tinggal lagi untuk aku di bumi.. yang tinggal hanya rasa matiku pada percaya...rasa sebak dan pilu atas tafsiran yang diberi.. mujur sahaja pengalaman telah mendidik ku sebelum ini.. dalam senyum aku menangis..dalam diam aku berdoa..hanya padaMU ku hampar rasa sakit yang dilalui... entry2 yg sudah siap ku catatkan ku biarkan di salah satu ruang di laptopku.. permulaan 2009 yang menyedihkan.... terima kasih kerana tidak bertanya aku dahulu atas alasan apa aku berbuat begitu...... terima kasih kepada "kawan" kerana mengambil kesempatan atas percaya ku... sungguh hal yang paling menyedihkan dan mencarit kejam hibaku... bagaimana harus ku ungkap dgn kata2???? insan yang ku aku percaya dia berbeza dari yg lain........akhirnya tiada beza... apakah bernilai lagi percayaku padamu?? Never really said too much Afraid it wouldn’t be enough Just try to keep my spirits up When there’s no point in grieving Doesn’t matter anyway Words could never make me stay Words will never take my place When you know I’m leaving Try to leave a light on when I’m gone Something I rely on to get home One I can feel at night A naked light, a fire to keep me warm Try to leave a light on when I’m gone Even in the daylight, shine on And when it’s late at night you can look inside You won’t feel so alone You know we’ve been down that road What seems a thousand times before My back to a closing door and my eyes to the seasons That roll out underneath my heels And you don’t know how bad it feels To leave the only one that I have ever believed in Sometimes it feels like we’ve run out of luck When the signal keeps on breaking up When the wires cross in my brain You’ll start my heart again When I come along Oh I had a lot to say was thinking on my time awayI missed you and things weren't the same,Cause everything inside it never comes out right This time I think I'm to blame it's harder to get through the daysYou get older and blame turns to shameEvery single day I think about how we came all this way The sleepless nights and the tears you cried it's never too late to make it right i'm sorry.........

Tuesday, December 23, 2008

tolong beritahu akim....,

Sunday, December 21, 2008

gelak..gelak lah kuat-kuat.... pening?perasaan ingat tau siapa dia meluap-luap? hahhaahaa.......we will talk about this later k.. busy lah..banyak kerja nak buat.. have a nice day.... serius aku bukan main-main..... panjang ceritanya.. dan tolong jangan buat apa-apa andaian dulu k.... yang paling penting.. aku dah jumpa apa yang aku cari dalam hidup.. dan aku dah dapat apa yang patut aku miliki... with love, akim

Saturday, December 20, 2008

babe, macam mana nak bagitau kat kamu.....ermss "meeting you was a fate, becoming your friend was a choice but falling in love with you was completely out of my control"

Saturday, September 20, 2008

"Dan dilangit dijadikan (bumbung) tinggi,serta ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;Dan betulkan cara menimbang itu dengan adil,serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang" Al-rahman(55):7-9 selamat bertemu..bagaimana keadaan kita harinie alhamdullialh masih diberi kesempatan untuk hidup dibumi...dipinjamkan langkah untuk terus berjalan...Allah banyaknyer masalah aku lately..final..kawan2..si dia..entahlah.. "KATA IBU"Jangan tinggal Solat selamat dunia akhirat. Mungkin...segalanya mungkin.Apakan terjadi pasti terjadi.Yakin...hati terus yakin, dengan harapan...pada ketentuan Tuhan....Tak bisa berlari, aku berjalan.Tak bisa berjalan, aku merangkak.Tak bisa merangkak, aku mengesot.Perlahan-lahan lakukan..sampai jua...perlahan-lahan lakukan...sampai jua.Kembara ini ku rasakan jauh.Dimanakah penghujungnya...Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.Doamu Ibu azimat hatiku.Mungkin...segalanya mungkin.Apakan terjadi pasti terjadi.Yakin...hati terus yakin, dengan harapan...pada ketentuan Tuhan....Tak bisa berlari, aku berjalan.Tak bisa berjalan, aku merangkak.Tak bisa merangkak, aku mengesot.Perlahan-lahan lakukan..sampai jua...perlahan-lahan lakukan...sampai jua.Tak bisa berlari, aku berjalan.Tak bisa berjalan, aku merangkak.Tak bisa merangkak, aku mengesot.Perlahan-lahan lakukan..sampai jua...perlahan-lahan lakukan...sampai jua...