Monday, November 3, 2008

bismilahhirahmannirahim.. dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.. hidayah dan redhamu ku harap sepanjang jalan hidupku... kotak hati dan pemikiranku terus berirama dan berdendang dek kerana beberapa kejadian.. ingin ku rentap salah satu rasa yang ada pada diri.. sudah segalanya ku cuba namun tetap di berlalu begitu jua.. aku harus tegas menolak ia datang lagi.. cukup sudah yang telah kulalui itu.. andai dapat kugambarkan perkembangan kuis ku yang tercinta ini pasti lebih indah untuk dihayati.... suasana panas yang melanda daerah terutama kuis amat mencabar.. suhunya bisa sahaja membuat telur yang mentah menjadi masak.. sehinggalah hari ahad yang lalu hujan baru turun mencurah bumi kuis... kelas sudah banyak yang bermula.. Alhamdulilah..suasana belajar mulai menyeronokkan.. aku mulai belajar subjek-subjek major course aku... menguruskan sumber manusia bukanlah semudah yang disangka.. tapi sungguh ianya kursus yang amat menarik dan menyeronokkan.. semester ini aku mengambil 7 subjek..dengan 21 jam kredit. kebanyakkan kelas harus aku lebih berdisplin untuk datang awal.. manakan tidak dua kelas aku di ajar oleh dekan fakuliti..1 subjek di ajar oleh ketua jabatan hr amaran keras mula diberikan oleh pensyarah tentang kedatangan dan komitmen.. ya aku bersedia menyahut cabaran.. semester ini agak menarik sedikit.. aku sudah mula menetap di campus semula.. aku bermotivasi tahap optimum aku menghadkan aktiviti luar dan dalam kampus aku.. atas nasihat dekan,3 pensyarah,terutama ibuku,dan kawan2 rapat.. aku yakin semester ini akan kembali pulih.. atas keputusan semester 3 yang kurang baik aku telah menjatuhkan hukum atas diriku secara mandatori.. ya tegas bukan bunyinya.. apa hukumannya?? -tiada baju baru untuk ke kelas.. -tiada percutian bersama teman(amat menyedihkan..program ke cherating langkawi dan ke bali harus dibatalkan.) -elaun bulanan dipotong 50%(ibu tolong pertimbangkan balik) -tiada rumah..(aku tidak akan pulang kerumah sehingga bulan 2 iaitu setelah berakhirnya percutian semester 4) -tiada lagi hiburan di hari sabtu dan ahad.. -harus cuba solat jemaah di masjid tiap2 waktu solat.. -harus konsisten dan belajar sebelum belajar dikelas..