Wednesday, October 29, 2008

at'thorikah aha'mu minal maa'adah.. sepotong pepatah arab yang aku tahu... yang mana ertinya cara itu lebih penting dari judul(aku klasifikasikan sebagai modul) Syukur ke hadrat Allah kerana masih memberi aku peluang untuk terus berada di atas jalan ini. Meskipun kadang-kadang terasa ragu-ragu akan penat lelah yang dicurahkan untuk jalan ini, namun Allah masih sayangkan aku. Cepat-cepat dihilangkan rasa ragu-ragu tersebut, dan datanglah keyakinan. Sesekali keyakinan itu datang dalam bentuk bahan bacaan yang dibaca, dan juga boleh jadi ada peristiwa yang berlaku. Kali ini keyakinan itu datang setelah bertemu jasad-jasad yang zahirnya kelihatan sudah tidak secergas biasa, namun roh dan semangat ibarat seorang pemuda yang masih bertenaga.. sejak bila ehkk blog aku jadi tersebar luas takdelah unsur peribadi lagi..iskhh..iskhh rasa menyesal pulak bagi address blog ni kat seorang hamba Allah nie.. seingat aku tujuan asal penubuhan blog ni untuk berjuang bersama2 seorang sahabat aku... seorang sahabat di jepun yang memberi suntikan untuk aku berkarya dan berkongsi hidup.. dan bersama2 sahabat2 pelajar yang belajar diluar negara dan di malaysia sendiri.. dimana antara motifnya adalah untuk mencatat perjalanan hidup aku dari zaman belajar sampai ke anak cucu insyaALLAh.. tapi dah jadi lain...hahaha nak tergelak pun ada masing2 punya pandangan tersendiri thanks anyway guys.. apa yang aku rasa dan buat setelah membaca.. aku merasa sedikit marah.. dan apabila rasa marah mengelitik aku aku bertanya kepada diriku.. perlukah aku berasa marah.. berbincang langsung seolah mereka mengenali aku dan duniaku.. hahahahahaaha..(tergelak besar aku dibuatnya...) sumpah aku hampir menangis dengan gelakan ku.. Aku pikir aku tidak akan dihinggapi oleh rasa ini. Marah karena diabaikan (dalam konteks memberi pandangan tanpa mendekati,mungkin sudah jadi lumrah masa kini) . Sepanjang hari setelah kejadian itu aku termangu-mangu dalam diam. Berusaha meneliti kejadian yang berlangsung jauh didalam sana, digerak-gerak hatiku. Mengapa marah ? perlukah aku merasa marah saat itu ? aku siapa ? Lalu aku mulai memutar perlahanan filem dokumenteri tentang kemarahanku itu. Aku mengulangnya hingga lebih dari lima belas kali (dengan sedar akupun menghitung). Aku mengingat detail-detailnya. Haaah! memalukan! benar-benar memalukan! tidak ada yang perlu membuatku marah Sungguh! tidak ada! Lalu aku malu pada kekerdilan diriku. Betapa aku orang yang masih tinggi hati, hingga sepenuh terluka dengan episode kecil seperti itu. Dan kutatap bayangan dalam cermin... orang sombong, betapa ruginya kalau aku mati dalam kondisi seperti itu... mengigil ku sedarkan diri... kembali ke pepatah arab di perenggan pertama tadi.. setiap orang ada cara tersendiri..maka dengan cara itu individu itu berasa senang dan selesa.. mengharungi hidup seharinya dengan rasa bahagia.. percayalah hidup ini tidak akan pernah kita dapat membahagiakan orang dengan cara kita bersungguh mana pun kamu tetap akan ada yang tidak bersetuju.. lumrah alam zaman berzaman.. Aku teringat cerita nabi junjungan Muhammad s.a.w kekasih Allah.. bagaimanakah diawalnya kisah dakwah baginda.. bapa saudaranya sendiri...menentang usaha Dakwah baginda.. sedangkan diawalnya beliau jika ada satu alat yang sesuai untuk mengukur kekuatan iman, tentulah alat itu adalah ‘hati’. Allah SWT menjadikan hati itu hidup dan berfungsi sebagai pusat kawalan bagi anggota badan manusia. Seseorang yang suka menyentuh hatinya dan merawat dengan baik akan semakin mengenali dirinya sendiri. “Sesungguhnya Allah akan membangkitkan disetiap permulaan kurun seorang yang akan memperbaharui (memberi nafas baru) untuk umat ini akan urusan agama mereka” (Hadis). Jika gelisah, sedih dan putus asa menguasai diri, dia akan bertanya kepada hati apakah sebabnya? Kemudian ilmu diperlukan untuk menjawab soalan, akal diguna sambil hati memandu cuba merungkai penyebab kesedihan itu. Akhirnya ditemukan jawapan punca kesedihan, kemurungan, gelisah dan tekanan pada diri manusia ” Dia memberikan Hikmah kepada siapa yang dikehendaki. Barang siapa yang diberi Hikmah, sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak..” (2:269) kepada pihak2 yang berkenaan ..teruskan usaha anda..sebarkanlah apa yang anda ingin sampaikan.. aku tidak sesekali berasa gentar secubit pun..sebab aku amat pasti suatu hari nanti kebenaran akan terbukti dan sebahagiannya sudah terbukti... bukan saja saat itu,malah saat ini aku sudah tersenyum...bukan pertama kali aku berhadapan dengan orang seperti kamu.. ini caraku,pemikiran ku,hidupku,jalanku..asal sahaja aku tidak membuat perkara2 yang bertentangan dengan islam... Allah itu maha mengetahui:) hari ini temujanjiku bersama rakan sekelas ku lewatkan...langsung aku ke kelas jam 2...kelas pada hari ini cuma overview untuk subjek itu sahaja. habis kelas terus aku ke jabatan pembangunan mahasiswa(JPM) untuk menguruskan soal usrah aku dan penambahan subjek untuk semester ini.. sewaktu jalan pulang ke asrama aku berjumpa dengan senior2 ku...terus aku bertanyakan buku2 yang boleh aku pinjam dari mereka.. terus aku pulang ke bilik..menunggu nalin aku tertidur sebentar.. terus keluar membeli beberapa makanan...dan pulang...sampai diasrama aku menghadap laptop ni bestnyer internet laju. tapi..esok kelas pagi.. aduhs kalo lambat memang kena marah dengan sha sengal.. sempat juga aku buat panggilan..weeee~

Thursday, October 23, 2008

"wahai hati-hati yang bersabar dan sentiasa mencintai ILAHI...dalam hidup terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tak kita inginkan dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan tak dapat membuatkan hidup kita lebih bahagia ALLAH is enough for me.." tetiba hati ini rasa sayu dan sedih mengenangkan saat akhir sisa perjuangan taaruf..melihat kembali gambar-ganbar bersama mereka..banyak memori terbina bersama mereka lucu,sedih,marah kecewa bercampur aduk...yang pasti akan merindui mereka walau apapun mereka.... so what i do today membaca..hahaha.. bangun teros pergi makmal tengok result(jangan tanya apa aku dapat)..kaki sakit..jumpa sha sengal(the one and only classmate yg satu intake dgn aku,tempat gaduh n tempat nak berbincang asgmnt..)jumpa lecturer,lepak dengan zuraihi,bincang dengan dia subjek yang aku kena ambik sem nie...balik bilik tidur(aku kurang sihat harinie..) masa maghrib aku bangun..badan macam dah ok..bangun solat n lepak borak2 dengan nalin..lepas tu bole teringat kat DIA..oh belum instal lagi..terus mesej dia n ajak jumpa kat cafe.. lepas solat isyak terus aku turun cafe..DIA sampai lambat sikit..sempatlah order makan dan minum air.... ada junior baru masuk mintak tandatangan..rasa macam artis pulak kebelakangan ni... dan jeng..jeng..DIA samapai..lalalala..dia ayu,comel..sungguh tiada siapa yang dapat ganti tempat dia..sambil instalkan dia beberapa program sempat borak2.. lalala Alhamdulilah..dari riak dan tingkah lakunya dia bahagia dengan life dia..aku hanya ingin sentiasa buat dia bahagia dan tersenyum....moga aku juga akan turut bahagia mungkin dengan DIA..ceitt ada lagi harapan kat celah2 pasrah dan redha aku menerima hakikat..Allah padamu jua ku mohon pertolongan..aminnn..masa nak balik DIA bagi cokelatlatlat... sampai dibilik terus aku menghadap laptop nie begitulah perjalanan cerita aku di hari ini..... disebalik perjalanan hari ini...ada sesuatu yang harus kusimpan dan kutanggung.. ibu dan harapan..panggilan telefon dari ibu membuat hati aku hiba.. aku tahu dia menangis dalam diam... ibu seakan putus harapan..dan pada awalnya aku juga...namun setelah berbincang dengan rakan aku tekad menghabiskan mengikut tempoh yang ditetapkan... Allah hampir gugur jantung aku....ibu lebih ke arah cadangan untuk aku berhenti dari menyambung pengajian aku.....ibu mempersoalkan komitmen aku kepada pelajaran.. menyalahkankeputusan aku untuk tinggal diluar.. aktiviti luar dan dalam kampus.. ketidak fokusan aku pada pelajaran.. ..."kamu belajar macam mana boy?kamu berpuas hati ke dengan CGPA dibawah 3.00 semasa bergraduasi?macam mana nak kerja dengan CGPA begitu..pasaran kerja semakin sempit..." antara dialog ibu.. aku tidak tega melihat ibu bersedih....bukan aku mintak keputusan begitu.. ALLAH mudahkan urusan aku Ya ALLAH....tunjukan aku jalan' Semoga ALLAH SWT senantiasa memberikan kepada kita hati yang lapang, yang jernih, karena ternyata berat sekali menghadapi hidup dengan hati yang sempit.
Allah adalah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahayaNya adalah ibarat misykat. Dalam misykat itu ada pelita. Pelita itu dalam kaca. Kaca itu laksana bintang berkilau. Dinyalakan dengan minyak pohon yang diberkati. Pohon zaitun yang bukan di timur atau di barat. Yang minyaknya hampir-hampir menyala dengan sendirinya, Walaupun tiada api menyentuhnya. Cahaya di atas cahaya! Allah menuntun kepada cahayaNya, Siapa saja yang ia kehendaki. Dan Allah membuat perumpamaan bagi manusia. Sungguh Allah mengetahui segala. (Q.S. An-Nur : 35)

Wednesday, October 22, 2008

wajah dan suara ibu di ganggang telefon masih jelas bermain di rongga deria telinga sayup dan redup jelas penuh pengharapan..aku pasti dengan amat walau tidak bertentang mata... “Many books destined for great success had to survive not just rejection, but repeated rejection,” panggilan telefon dari DIA cukup menghiburkan hati.. aku sudah fikir yang bukan-bukan saat dia pulang ke tanah airnya.. mungkin dia semakin mebenci mungkin dia tidak mahu aku dalam hidupnya walau sebagai temannya.. ternyata tanggapan ku silap..aku rasa bahagia bila kamu masih mahu menerima salam persahabatan dariku.. jauh di sudut hati aku..selamanya kamu akan tetap bertahta.. walau sekejap,walau sementara dan dengan tujuan meminta number telefon bas di pudu raya.. entah bagaimana harus ku mula kisah aku dan dia.. minggu orientasi yang amat membosankan dan memenatkan dan seringkali aku ponteg dari mengikuti program-programnya dan dapatkah kalian bayangkan?sekarang ini di semester 3 dan 4 aku menjadi ketua fasilitator untuk mengendalikan pelajar baru..menyediakan modul2 untuk mereka gunakan.. ajaib bukan??jawapannya tidak...dan apabila tuhan inginkan sesuatu maka ianya akan berlaku.. YA ALLAH aku bermohon padamu mudahkanlah segala urusan... aku mula terpandang dia semasa minggu kedua orientasi.. aku masih memapah semangat yang tinggal sedikit ini..Cinta itu harus menerima apa adanya, bukan? ALLAH aku mohon dengan sangat..mohon dengan sangat.. (suara hati berbisik kemanakah ianya akan berakhir walau aku tahu akan akhirnya aku dan dia) disuatu sudut lain aku tersusut berpusat dengan suatu yang lain sambil menitis air mata..ibu.... harus aku meneruskan pengajian aku? harus ku akhiri nya disemester 4? andai ini takdir yang ku tulis untukku.. andai ini selayaknya yang aku harus aku terima.. akan aku menerimanya...walau tak mampu aku menerima dengan penuh rela.. Masa ni lah conscious minda dan subconscious mind mengambil peranan. Menjana kuasa minda supaya mampu buat apa yang dalam keadaan normal kita rasa tak mampu buat. Diulangi, kita rasa! ALLAH sesungguhnya engkau maha mengetahui nafsuku unutuk tidur hilang.. bimbang akan hari esok.. ibu pasti mengharapkan yang lebih dari aku harapkan.. mampukah aku bahagiakan insan yang bernama ibu.. ALLAh aku hambamu yang lemah..berilah aku kekuatan,bantulah aku janganlah kau duga aku dengan dugaan yang tak mampu aku hadapi..selewat jam 3 pagi air mata ini sudah kering. merisaukan keputusan peperiksaan aku.. seorang teman menawarkan diri untuk bersama aku keluar berbincang tentang semester baru.. sepanjang perjalanan itu hati aku bercampur baur.. sewaktu menunggu teman membawa makanan aku mencari tempat duduk.. suatu sudut yg agak menarik...lalu aku duduk di situ.. tetiba apabila mengingat kembali aku jadi sebak.. hampir menitis air mata..sempat ku tahan.. apakah aku ini hamba yang tidak redha ya ALLAH? hati ini terus ku pujuk untuk bersabar.... ‘Hai orang2 yang berIman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.[Ali Imran:200] “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.[Al-Baqarah: 45]“ untung sahaja punyai teman seperti itu..dia berjanji semampu yang boleh dia akan membantu aku untuk menyelesai segala urusan aku.. pasti ada hikmahnya...

opick "rapuh"

lately aku jadi minat yang super extra pada lagu opick.. yok melihat salah satu lagu kegemaran aku dari opick.. lirik jek...lagu cari sendiri:) Detik waktu terus berjalan Berhias gelap dan terang Suka dan duka tangis dan tawa Tergores bagai lukisan Seribu mimpi berjuta sepi Hadir bagai teman sejati Di antara lelahnya jiwa Dalam resah dan air mata Kupersembahkan kepadaMu Yang terindah dalam hidup Meski kurapuh dalam langkah Kadang tak setia kepadaMu Namun cinta dalam jiwa Hanyalah padaMu Maafkanlah bila hati Tak sempurna mencintaiMu Dalam dada kuharap hanya DiriMu yang bertakhta Detik waktu terus berlalu Semua berakhir padaMu “Ya Allah,permudahkanlah segala urusan hambaMu yang lemah ini..”